Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
MANUSKRIP LAMA BRUNEI Keberadaan dan Kehebatannya
PROFESOR AMPUAN DR HAJIBRAHIM BIN AMPUAN HAJI TENGAH
Sebagai sebuah negara yang berdaulat sekian lama, Negara Brunei Darussalam mempunyai sejumlah besar koleksi- koleksi manuskrip sastera lama yang memiliki keistimewaan tersendiri. Setakat ini, hanya sebilangan manuskrip lama yang diterbitkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu, karya-karya tradisional Brunei tidak pernah disebutkan dalam buku-buku sejarah awal sastera Melayu. Kertas ini akan membincangkan beberapa karya-karya tradisional yang pernah diterbitkan seperti Syair Awang Semaun, Hukum Kanun, Silsilah Raja Brunei, dan Syair Rajang. Perbincangan kertas ini memfokuskan terhadap pemikiran dan kreativiti pengarang karya-karya tradisional dalam menyerlahkan ketamadunan bangsa Brunei.
Kertas ini mendapati bahawa kesemua karya-karya tradisional Brunei tadi mempunyai kehebatan dalam mengangkat tamadun orang Brunei dari pelbagai aspek seperti kekuatan dan kestabilan politik, kepahlawanan Melayu dan kebangaan budaya material dan non-material di Brunei. Di samping itu, pemikiran dan kreativiti pengarang dalam menghasilkan karya-karya tradisional itu turut memperlengkap keberadaan sastera Melayu tempatan itu sendiri.
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00