Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
Mamat bekerja sebagai penarik beca roda tiga. Persahabatannya dengan Mustapha sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran tentang pentingnya menabung di pejabat pos untuk masa depan. Selain itu, Mustapha menasihati Mamat agar belajar membaca, menulis dan seterusnya menimba ilmu. Novel Budak Beca ini berlatarkan tempat di Terengganu dan latar masa pada tahun 1950-an, iaitu sebelum dan selepas merdeka.Karya ini sarat dengan kritikan sosial. Antaranya adalah tentang sikap segelintir masyarakat yang beranggapan jika negara sudah merdeka, mereka akan hidup senang tanpa berusaha. Selain itu, sikap tidak amanah dalam kalangan segelintir pegawai kerajaan dan golongan atasan yang tidak ada bezanya dengan masa kini.Pak Sako menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu hanya sekadar menjerit, "Merdeka!" tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi tidak tahu untuk mengisi kemerdekaan.
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00