Terima Kasih, Luka
Terima Kasih, Luka
Terima Kasih, Luka
Terima Kasih, Luka
Terima Kasih, Luka
Terima Kasih, Luka
Terima Kasih, Luka
Terima Kasih, Luka

Terima Kasih, Luka

BND 14.90
Sku:N/A
Barcode:N/A

“Aku abah dia!”

“Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis.

Sinopsis : 

Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja.

Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga.

Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap!—Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura.

Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar.

Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?

 

Novel ini untuk siapa:

  • Untuk anda yang sedang menghadapi isu-isu mengenai perhubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan.
  • Buat mereka yang berjuang melawan emosi dan peritnya kehilangan insan tersayang.
  • Pembaca yang suka bermain dengan emosi dan watak yang ada struggle dengan trauma hidup masing-masing

Antara mesej yang anda dapat dari novel ini:

  • Apabila kita cuma biarkan diri kita tenggelam dalam kesakitan itu dan tidak berdamai, ia akan membuatkan tindakan kita sakiti perasaan dan jiwa orang sekeliling.
  • Menyalahkan orang lain sebagai punca kegagalan sendiri, hanya akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap potensi dirinya.
  • Ada kalanya Tuhan mengaturkan suatu peristiwa itu berlaku supaya menjadi pembuka mata kepada hamba yang dikehendaki-Nya.

Additional Information

Reviews

Please select the integrated review app platform in settings