Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
TERGADAILAH BUMI INI
Benakku sesempit apa?
Peluhku ngalir buta Sakit!
Kiri kanan hingar bangar,
1,000 kebohongan dan kedustaan,
Bertaburan,
Mengapa?
Kamu kamu,
Kamu...
Haruskah kita peluk tubuh saja?
Diam-diam takul tangan,
Biarkan permainan mereka
berterusan saja?
Nah lihat di sana,
Padang bola lagi dibina,
Sedangkan kambing hitam
belum habis lari.
Pengurusan mencari jalan, Umpama menyelesai hutang, Korupsi yang termakan.
Dimana langit dijunjung?
Buminya kehencingan,
Kencing siapa?
Perlukah kita begini sahaja?
Peluk tubuh hisap jari?
Sedang esok kita mati,
Anak-anak bagaimana,
Sedang mereka tiada jati diri,
Akan tergadailah bumi ini.
Wangsail:15 November 2019
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00