Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
Seorang detektif telah ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan yang melibatkan seorang pujangga terkenal. Pujangga tersebut ditemui tergeletak seorang diri di rumah agam miliknya. Rebah sendiri di sisi meja pejabat peribadinya dengan mata terbeliak, pecahan gelas kaca berselerak, menggenggam pena di sebelah kanan tangan dan pergelangan tangan kirinya pula berlumuran darah.Pada malam pembunuhannya, banyak peristiwa yang berlaku. Antaranya ialah kehilangan Elona Arabelle yang merupakan kekasih hati pujangga tersebut. Encik Zabidi Lanang yang merupakan pengarah teater sekaligus kawan baik pujangga tersebut menyatakan bahawa mereka berdua telah mengalami perbalahan kecil ketika menghadiri pementasannya pada malam kejadian itu.Misteri pembunuhannya yang berlaku secara tiba-tiba telah mencetuskan banyak spekulasi dan tanda tanya. Pada awalnya, punca kematian diduga kerana bunuh diri. Namun, setelah diperiksa oleh pihak polis, syair terakhir yang ditulis oleh pujangga tersebut ternyata memiliki pesan yang perlu dirungkai.Siapakah dalang di sebalik pembunuhan pujangga masyhur ini dan apakah motif pembunuhannya? Kenapa Elona Arabelle menghilangkan diri pada malam kejadian? Apakah maksud syair terakhir di pujangga? Akankah detektif mampu merungkai kes ini? Semuanya akan terjawab di hujung novelet ini.
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00