Perempuan dari Masa Lalu
Perempuan dari Masa Lalu
Perempuan dari Masa Lalu
Perempuan dari Masa Lalu
Perempuan dari Masa Lalu

Perempuan dari Masa Lalu

BND 14.90
Sku:N/A
Barcode:N/A

Meninggalkan rumahmu,

setelah tak berjawab salamku di muka pintu.

Tapi rinduku masih di situ,

mengetuk bertalu-talu.

Perempuan dari Masa Lalu membuka ruang kepada kita untuk mengenal apa itu kesunyian, dan memahami perasaan yang wujud dalam setiap pertemuan dan perpisahan.

Ia mengajar kita cara untuk melepaskan kenangan dan ingatan masa lalu — tanpa perlu melupakan. Ia juga membuatkan kita untuk menanam harapan dan menyiram rindu.

Naskhah ini, yang mengandungi 34 puisi dan catatan, akan mengajak kita untuk meluahkan segalanya, tetapi dalam masa yang sama merahsiakan. Ia akan memperkenalkan kita dengan bermacam golak perasaan.

Selamat menikmati naskhah ini, dan selamat berkenalan dengan perempuan dari masa lalu. Usah risau, dia tidak akan pernah mendedahkan dosa-dosa anda, walau dia tahu semuanya. Dia cuma mahu membebat luka dan kecewa, selain memujuk untuk anda menikmati hari ini dan esok, sepenuh-penuhnya.

Additional Information

Reviews

Please select the integrated review app platform in settings