Noktah Terjahit

BND 12.90
Sku:N/A
Barcode:N/A

Buku ini merupakan karya pertama Nik Nur Madihah – pelajar terbaik SPM 2008 yang pernah menggemparkan Malaysia dengan keputusan 20A.

 

Beliau menulis refleksi peribadi yang terhasil selepas pengalaman demi pengalaman yang dilalui merentasi ranjau kehidupan yang masih baru. Ada yang berkait emosi, ada juga tentang kemiskinan, kebebasan, kedewasaan, pencarian kebenaran, dan tentunya berkait keperempuanan.

Saya percaya setiap orang ada noktah masing-masing, tetapi tidak semua sanggup berhenti sejenak mengumpul kekuatan untuk menghubungkan noktah-noktah mereka. Saya pernah disitu, enggan menoleh dan mahu terus berlari mengejar ego sendiri. Tetapi langkah awal untuk menyambung episod-episod ini menuntut keberanian yang tinggi bagi menelan pahit kekurangan diri.

Ringkas sahaja. Kerana berharap Noktah Terjahit menjadi pembuka kepada pembaca yang mahu berkongsi dengan sederhana, dan mengabadikan kesementaraan yang sebentar cuma.

Ya, hidup yang sementara, seperti yang bonda saya ajarkan setelah tiada ; Sesementara lukisan yang diukir di atas tanah kemudian dibasuh oleh air laut yang bergelombang, sekejap itulah realiti kehidupan dunia

Additional Information

Reviews

Please select the integrated review app platform in settings