Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
Profesor Madya Dr. Ainur Mustika berdiri kaku di simpang keliru. Dua jejaka datang menyantuni, mahu menyuntingnya sebagai suri. Syed Amirul Hakim bagai ombak tidak pernah lelah memukul pantai hati. Emir Johan pula bagai bayu yang membelai nyaman desa kalbunya tiada henti.
Kedua-duanya dengan tampang dan perawakan berbeza. Apa yang sama, kedua-duanya sering sahaja mengundang debar di dada.
Dia mengakui, tidak lengkap hidup seorang wanita tanpa lelaki bergelar suami di sisi. Kejayaan seorang lelaki pula di belakangnya ada seorang wanita bergelar ister yang menjadi inspirasi.
Namun begitu, adakah hal itu benar kini? Berapa banyakkah bahtera perkahwinan yang karam sebelum sempat berlabuh ke destinasi? Antara dua pilihan hati, yang mana satu pilihan nubari?
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00