Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
"Setiap hari kita solat. Setiap rakaat kita baca doa dan surah. Tetapi kita tidak faham pun apa yang kita baca. Jadi, macam mana nak rasa dekat dengan Allah?"
Solat ialah anugerah daripada Allah SWT buat kita.
Pada saat kita terluka, kepenatan atau putus asa, solat menawarkan kerehatan dan kelegaan.
Pada saat kita bahagia, gembira dan aman, solat ibarat rakan yang mengingatkan kita akan hakikat kehidupan.
Ya, solat sentiasa ada bersama kita. Namun, mengapa solat sering kali terasa membebankan? Dan mengapa hati kita masih kosong seusai solat?
Melalui buku ini, Ustaz Muzuza mengupas makna di sebalik lafaz-lafaz yang kita ungkapkan semasa solat. Daripada takbiratul ihram hingga tahiyat, setiap kalimah disusun dengan sempurna—agar jiwa kita akhirnya terubat, dan diri kita dapat berehat.
Dengan memahami setiap bacaan, kita akan mempelajari bahawa Allah Maha Mendengar segala pujian dan permohonan kepada-Nya; dan solat, ialah ruang khas untuk "meluah" kepada Allah SWT setulus hati.
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00