Komik Nirnama : Hikayat Pendekar Tanpa Nama #1

BND 22.90
Sku:N/A
Barcode:N/A

Tersebutlah kisah, sebuah tanah sedang berkecamuk dengan pertumpahan darah. Indera Kayangan menjajah, Semutar Putih menentang gagah. Di tengah kemelut memuncak, muncul seorang pendekar berpencak.

Tidak bernama, berparut di muka. Handal bertarung, tapi santun orangnya. Ramai menyangka dia ada sakti tetapi dia memulangkan puja & puji hannya kepada Ilahi. Sedang nama sebenarnya termangga, jelata mula menggelarnya sebagai Nirnama.

Menyebelahi Semutar Putih, Nirnama mengorak langkah merdeka. Menyertai perlawanan, menentang wakil Indera Kayangan. Ratu Mergastua kepala ancaman, Naga Tasik Chini perlu ditundukkan. Semua konco-konconya ditentang, mahu Tanah Semenanjung mendapat tenang.

Dari buah mulut rakyat,
Masyurlah susuk tubuh Nirnama,
Maka bermulalah sebuah hikayat,
Hikayat Pendekar Tanpa Nama.

Additional Information

Reviews

Please select the integrated review app platform in settings