Keluarga Baru Aichan - Sedekah
Keluarga Baru Aichan - Sedekah

Keluarga Baru Aichan - Sedekah

BND 9.90
Sku:N/A
Barcode:N/A

“Tak nak sedekah!”

“Aichan, kan baju tu semua dah tak muat?”

“Sarah tak faham! Aichan sayang baju ni!”

***

Banyak baju Satria Venus milik Aichan yang sudah tak muat lagi dipakai. Aichan susah hati. Mama dan Sarah pula mahu Aichan sedekahkan bajunya kepada orang lain.

 

Tapi Aichan tak setuju. Kenapa kena sedekah? Barang yang Mama belikan semuanya mahal. Takkan nak bagi macam tu saja? Kepada orang yang Aichan tak kenal pula tu!

“Baju saja pun! Apa yang susah sangat nak bagi pada orang lain?”

Macam-macam Sarah buat untuk pujuk Aichan supaya sedekahkan bajunya, tapi Aichan tetap berdegil. Sehinggalah Papa datang dan beri cadangan kepada Aichan yang membuatkan Aichan teruja!

Agaknya, apalah yang Papa cakap kepada Aichan?

Adakah Aichan akan terbuka hati untuk memberikan baju-bajunya?

Komik Aichan mengisahkan seorang gadis cilik yang baru mempelajari Islam daripada keluarga barunya. Dalam buku ini, Aichan akan pelajari tentang bersedekah dan keseronokan berkongsi dengan orang yang memerlukan.

Additional Information

Reviews

Please select the integrated review app platform in settings