Khyra Busyra, ziarahnya ke Tanah Suci lantaran mahu mengubat hatinya yang lara telah menemukan dirinya dengan seorang gadis Syria yang sungguh 'pelik', Hadeela. Gadis itu telah mengubah cara fikirnya tentang hidup.
Sejarah gadis itu yang pernah cuba diperkosa, pernah terjun ke laut Latakia dan pernah lari dari terkaman musuh merasuk ke jiwa Khyra. Khyra bangkit menjadi aktivis kemanusiaan. Dan mengikuti gadis itu ke Syria dan menyaksikan sendiri kezaliman di luar kotak fikir. Terlalu zalim.
Mereka terpisah apabila ibu bapa Khyra yang merupakan jutawan kosmetik mengusahakan agar Khyra selamat kembali ke Malaysia. Di Malaysia, Kyra tidak putus-putus menghubungi Hadeela dan belajar tentang kehidupan daripadanya melalui medium media sosial setelah dua tahun tiada khabar berita. Hadeela membawa berita sedih menjadi hamba seks di penjara hingga melahirkan anak. Khyra terpegun apabila Hadeela tidak memusuhi anak kecil itu bahkan mahu mendidiknya menjadi pembela.
Khyra juga tekad mahu mendidik generasi pembela yang menyebarkan akhlak mulia ke seluruh alam agar keganasan dapat dipadam. Kehadiran Khyra di sebuah sekolah rendah mengejutkannya apabila melihat cara didikan ibu bapa dan guru terhadap kesilapan pelajar sangat jauh daripada aplikasi cara didikan Nabi SAW. Penuh kekasaran dan kemarahan.
Lalu, bagaimana natijah generasi berakhlak mulia boleh dicapai ?
Apakah cabaran yang dihadapi Khyra seterusnya dalam melaksanakan misinya ini ?