Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
Penulis mengajak kita melakukan perjalanan introspektif, meneroka bagaimana Imam al-Ghazali meletakkan akal sebagai alat penting dalam memahami dan mendalami ajaran Islam. Dengan analisis yang teliti dan perbincangan yang meluas, buku ini membuka tetingkap baharu tentang cara menggabungkan penggunakan akal pada tahap maksimum dalam mencari kebenaran.
Berdasarkan al-Quran dan sunah, penulis mendedahkan bagaimana pemikiran kritis dan reflektif dapat membimbing kita kepada pemahaman yang lebih kaya tentang kebenaran rohani. Berakal dalam Beragama adalah lebih daripada sekadar buku tentang agama; ia menjadi panduan kepada setiap individu yang mencari kebenaran dengan hati terbuka dan fikiran kritis.
Buku ini mengajak pembaca untuk mengikuti jejak kebijaksanaan Imam al-Ghazali, menunjukkan bahawa dalam mencari kebenaran, akal dan iman perlu seiring, menyuluh dan memberi kekuatan untuk mengharungi cabaran zaman.
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00