Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
“Asil, misi kamu kali ini adalah menyelinap ke istana sebagai tukang masak.”
“Hah?” Tercengang Asil mendengarnya.
***
Daulah Uthmaniyah meski makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, ada pakatan belot yang cuba menggulingkan pemerintahan beliau.
Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan khalifah Uthmaniyah ketika itu. Kerana itu, Asil dihantar untuk menyelinap ke istana – agar rancangan Sultan Abdul Hamid II untuk menghalang pemberontakan gagal!
Namun, ketika Asil mula bertugas sebagai tukang masak, semua orang di istana menunjukkan rasa sayang pada Sultan.
Lebih mengejutkannya apabila dia melihat sendiri akhlak Sultan yang terpuji, bukannya pemimpin kejam seperti yang dikhabarkan.
Asil mula tertanya-tanya. Mengapa ada orang yang mahu menjatuhkan khalifah?
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00