Pernahkah air mata mengalir kerana dosa, tapi LIDAH TAK TAHU
APA YANG PERLU DISEBUT?
Buku ini hadir sebagai panduan dan teman buat jiwa yang mahu kembali bertaubat pada Allah.
Buku 100 DOA TAUBAT ini menghimpunkan doa-doa pengampunan yang diucapkan oleh para Nabi, Rasul, dan insan beriman sepanjang sejarah, doa yang diabadikan dalam al-Qur'an, dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW sendiri..
BAB 1 mengumpulkan 30 doa dari Alquran, lafaz-lafaz suci yang pernah mengalir dari hati Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Yunus, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, dan para kekasih Allah.
BAB 2 menghimpunkan 70 doa daripada hadith Nabi, zikir dan istighfar yang membuka pintu rahmat, menenangkan hati, dan menghapus dosa, menjemput hidayah, istiqamah dan diselamatkan dari azab serta dimasukkan dalam syurgaNya.
Setiap doa disertai teks Arab, transliterasi Rumi, maksud, syarahan ringkas, dan pengajaran yang menyentuh hati.
Bahasanya lembut, mudah difahami, dan sesuai untuk amalan harian.
Buku ini ditulis bukan untuk orang sempurna, tetapi untuk mereka yang masih mahu berubah.
Kerana Allah tidak mengharapkan kita untuk menjadi sempurna, tetapi Allah mencintai hambaNya yang tak pernah putus-asa untuk kembali bertaubat padaNya.