Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
Hanya 1 daripada 4 remaja merasakan ibu bapa mereka memahami mereka (AHS, 2022).
Ibu bapa pula merasakan perkara yang sama tentang anak remdja mereka. suka marah tanpa sebab, berahsia, cepat memberontak, ada kepala sendiri dan melulu seperti 'kereta tanpa brek*. Akhirnya kedua-duanya tidak terhubung, walaupun sebumbung!
Ibu bapa semakin buntu, para guru juga semakin letih dengan generasi ini. Adakah ini normal atau ada sesuatu yang kita terlepas pandang?
Selepas kejayaan 'Psikologi Si Kecil' karya Dr. Rozanizam Zakaria; buku parenting bestseller #1 WhiteCoat dengan jualan 30,000+ naskhah - kini hadir kesinambungannya,
'Psikologi Si Remaja': Dengan gandingan Dr. Anayasmin Azmi, Pakar Perunding Pediatrik dan juga penulis bestseller, dua pakar ini menawarkan panduan padat, praktikal dan relevan untuk memahami dunia remaja hari ini.
Dr. Rozanizam dan Dr. Anayasmin telah merawat ribuan remaja, membongkar rahsia psikologi remaja melalui pendekatan yang praktikal dan penuh empati. Berdasarkan pengalaman klinikal sebenar dan kajian terkini, buku ini menawarkan panduan praktikal untuk memahami dan membimbing remaja dengan penuh kasih sayang.
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00