Your shopping cart is empty!
View Cart Checkout
“Kalau aku jadi penulis, tak ke mana. Aku tak boleh sumbang apa-apa.”
Akibat kekecewaan, Iskandar terus melupakan impiannya untuk menulis, hanya menumpukan perhatiannya terhadap pengajian dalam bidang seni bina. Setelah berjaya menjadi arkitek di luar negara, Iskandar mengambil keputusan besar untuk pulang ke negara kelahirannya demi kecintaan kepada tanah air.
Namun, perjalanan baru Iskandar tidak semudah yang disangka. Dia harus bermula semula dari kosong. Tidak mengaku kalah, Iskandar cuba mencari jalan. Namun, satu demi satu ujian muncul hingga terpaksa berhutang besar. Hidup Iskandar semakin tersepit.
“Ikiy .... Kalau kita asyik rasa kita mangsa keadaan, dan kalau kita asyik persoalkan kenapa semua jadi, kita akan zalimi diri kita sendiri.
Ini kisah Iskandar, mencuba berjalan semula, dan menyuburkan kembali impiannya.
--
Penulis Jalanan membawa kita menyelami perjalanan menjadi dewasa secara spesifiknya kehidupan selepas fasa universiti, bekerja dan hidup berdikari yang berbeza. Tidak semudah dan seindah yang dibayangkan tetapi tetap bermakna jika melihat dari perspektif yang lebih luas.
"Setiap yang disangkakan jalan mati, boleh jadi pondok istirahat sebelum melompat lebih tinggi."
Please select the integrated review app platform in settings
$132.00