Syurga Songsang
Syurga Songsang
Syurga Songsang
Syurga Songsang

Syurga Songsang

BND 16.90
Sku:N/A
Barcode:N/A

Bermulanya cerita apabila seorang budak lelaki merangkap sepupu tinggal bersama-sama keluarganya di bawah satu bumbung yang sama.

Perasaan apabila ada lelaki bukan mahram di dalam rumah, menyerabutkan. Itulah yang dirasakan oleh anak perempuan sulung keluarga itu.

Hal utama yang harus dipastikannya, aurat. Ikhtilat, kesopanan dan kesusilaan juga harus dijaga. Ironinya, perbualan panjang pertama mereka berkisar tentang couple.

"Ingat budak sekolah agama tak main benda-benda macam ni." — Irshad

"Iman letaknya di hati, bukan pada nama sekolah." — Deen

Deen: Seorang gadis yang tidak merasakan peri pentingnya jodoh di dalam keadaan iman yang masih tunggang-langgang. Mana mungkin menjadi seorang pencinta jika tidak mengenal pencipta. Namun hati itu sifatnya berbolak-balik.

Irshad: Tenang dan selamba itu gayanya. Dia melindungi dalam senyap. Menyukai dalam diam, sehingga perlakuannya langsung tidak terjangka. Couple? Itu bukan caranya. Cara dia, hak cipta terpelihara.

Ini bukan hanya kisah mereka berdua. Ada orang ketiga di antara mereka yang turut sama menagih kasih.

Masyi: Kesunyian membawanya tenggelam di dalam perasaannya yang turut ingin dibelai manja dan disayangi.

Irshad + Deen + Masyi.

Kisah tiga serangkai

 

 

Additional Information

Reviews

Please select the integrated review app platform in settings